Dasar Privasi
Kemas kini terakhir: 20 Oktober 2026
1. Siapa kami
Dasar ini menerangkan cara BCX RESOURCES (Thvndernun Games) mengumpul dan menggunakan data peribadi dalam Kenduri Empire, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
2. Data yang kami kumpul
- Akaun (jika anda mendaftar): email, nama paparan dan password. Password disimpan dalam bentuk tersulit oleh penyedia log masuk kami; kami tidak dapat melihatnya.
- Data permainan akaun: bintang, XP, kampung yang dibuka, baki syiling premium dan item yang dimiliki.
- Statistik permainan: ID peranti rawak (bukan nama atau nombor telefon), kampung yang dimainkan, menang atau kalah, dan masa. Ini dikumpul juga untuk tetamu, bagi membantu kami menambah baik game.
- Pembelian: pek yang dibeli, jumlah, masa dan ID transaksi Stripe. Maklumat kad tidak pernah sampai kepada kami; ia diproses terus oleh Stripe.
- Simpanan dalam pelayar: kemajuan permainan, tetapan bunyi dan pilihan item disimpan dalam pelayar anda (localStorage) di peranti anda sendiri.
3. Tujuan penggunaan
- Menyediakan log masuk, leaderboard dan item premium.
- Memproses pembayaran dan memasukkan syiling ke akaun anda.
- Menghantar email yang berkaitan akaun sahaja (contohnya pautan tukar password). Kami tidak menghantar email pemasaran tanpa kebenaran anda.
- Memahami cara game dimainkan supaya kami boleh membaiki tahap kesukaran dan pepijat.
- Mengesan penipuan dan melindungi akaun.
4. Siapa yang memproses data
Kami menggunakan penyedia perkhidmatan yang dipercayai: Supabase (pangkalan data dan log masuk, pelayan di Singapura), Stripe (pembayaran), Resend (penghantaran email) dan Vercel (hosting laman). Mereka hanya memproses data untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami. Kami tidak menjual data anda.
5. Akaun dikongsi
Akaun Thvndernun digunakan bersama oleh game Thvndernun yang lain (contohnya HR LIFE). Email dan password yang sama digunakan untuk log masuk, tetapi data setiap game disimpan berasingan.
6. Paparan awam
Leaderboard hanya memaparkan nama paparan, bintang, kampung dan XP anda. Email anda tidak pernah dipaparkan.
7. Tempoh simpanan
Data akaun disimpan selagi akaun anda aktif. Rekod pembelian disimpan selama tempoh yang dikehendaki undang-undang untuk tujuan perakaunan. Statistik permainan tanpa nama boleh disimpan untuk analisis.
8. Hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam data peribadi anda, atau menarik balik kebenaran, dengan menghantar email kepada games@thvnderlab.website dari email akaun anda. Kami akan membalas dalam masa 21 hari.
9. Kanak-kanak
Pengguna bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga sebelum mendaftar. Ibu bapa boleh menghubungi kami untuk memadam akaun anak mereka.
10. Perubahan dasar
Kami akan mengemas kini tarikh di atas jika dasar ini berubah.